BUKIT JELUTONG, SHAH ALAM – 5 NOVEMBER 2026
Sekolah Rendah Islam Al Hijrah, Bukit Jelutong kini membuka pengambilan buku teks bagi sesi persekolahan 2027 untuk pelajar yang telah melengkapkan pendaftaran.
Pengambilan buku teks akan berlangsung pada *30 November 2026 (Isnin)* sebagai persediaan awal bagi menghadapi sesi persekolahan baharu tahun hadapan.
Ibu bapa dan penjaga yang telah mendaftarkan anak masing-masing bagi sesi 2027 adalah dipelawa untuk hadir pada tarikh yang ditetapkan bagi mendapatkan buku teks anak-anak.
Untuk makluman, pengambilan ini hanya dibuka kepada pelajar yang telah berdaftar bagi sesi 2027 sahaja.
Pihak sekolah berharap urusan pengambilan buku teks ini dapat berjalan lancar serta membantu ibu bapa membuat persediaan lebih awal sebelum bermulanya sesi persekolahan baharu.
SRI AL HIJRAH
Generasi Al Quran, Generasi Rabbani.
