SHAH ALAM, 29 Julai – Sekolah Rendah Islam (SRI) Al Hijrah melancarkan Promosi Bulan Kemerdekaan yang berlangsung sepanjang 1 hingga 31 Ogos 2026 bagi menggalakkan pendaftaran awal sesi persekolahan 2027.

Antara tawaran istimewa yang disediakan ialah yuran percuma selama sebulan bagi murid Tahun 1 Sesi 2027, selain rebat RM100 untuk pendaftaran semula pelajar sedia ada.

Lebih menarik, pada 15 Ogos 2026 (Sabtu) sempena Hari Pengambilan Keputusan Ujian, ibu bapa yang membuat pendaftaran pada hari tersebut akan menerima Voucher Buku Teks bernilai RM50.

Program yang berlangsung dari 8.00 pagi hingga 2.00 petang itu turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga, antaranya pertandingan mewarna melibatkan 40 peserta berumur 4 hingga 6 tahun, permainan menembak, lontar bola, sand art, serta pertunjukan belon oleh Abang Badut.

Pihak sekolah mengalu-alukan ibu bapa mengambil peluang membuat pendaftaran awal bagi memudahkan perancangan kelas, penempatan guru serta penyediaan keperluan pembelajaran untuk sesi persekolahan 2027.